I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 24, 2009

2`w` untuk lelaki

Tuesday, February 24, 2009
Mesti ramai yang tertanya ape dia 2w untuk lelaki. jawapanya mudah w pertama ialah wang dan w kedua ialah wanita. Pendapat saya lelaki normal hanya bermasalah based pada 2w sahaja, klau tak percaya kita lihat bf or ayah kita sendiri. Sy pun tkde idea sngat nak cerita tentang benda ni cma nk kongsi skit info kat kaum wanita jika bf anda sentiasa runsing dan mcm bermasalah cpt2 la tnya sebab just ade 2 kemungkinan tkde duit or dah ad pompuan lain. Ini bg lelaki yg normal la tetapi m,asih ade lelaki yang tak normal yang selalu pkir pasal pmpuan je knon2 love u forever la dan sgt `taat setia` kepada wanita dan menghabiskan banyak w yang pertama kt pompuan tu. Berbaloi ke wat macam tu sebab pd pndpt sy w yg pertama adlh lambang kepada lelaki, lelaki leh ego sbb ade w yg pertama dn bknya w yg kedua meragut keegoaan lelaki. Mungkin anda leh katakan wang bleh jadikan lelaki terlampau obses, tp tak pernah terpikir ke brape mas kahwin dletakkn oleh mak bapak sebelahh perempuan,duit nak wt majlis khwin, tiket percutian berbulan madu,anak nak smbung u and mcm2 lg2 lelaki kne pkir dsebbkan wang, tkkan nk gila cinta je kot tb je mse kne perli tkkn nk khwin pun nk kene sponsor kot. sebab tu sy nyatakan w pertama adlah sgt penting kerana adnya w pertama leh cipta w yg kedua tp w yang kedua tak bleh cpta w yang pertama kecuali gigolo

Bola Sepak Dan Wang

Kenapa lelaki cintakan bola sepak????jwapannya same saje dengan kenapa lelaki cintakan wang. Bola sepak sebenarnya adalah permainan wang yang mane tnpa kewangan dal;am bola sepak kelab itu tidak kemana. Mgkin banyak yang menyatakan bola sepak based pada taktikal and teknikal, kenyataan itu benar jika kita lihat dr prospek pasukan kebangsaan tapi untuk kelab wang adalah segalanya. kenapa perlu wujud big4 di epl, hal ini merujuk kpada big Our money. Pasukan kelab terpaksa membeli seberapa banyak pemain yang bgus untuk mengukuhkan pasukan mereka, jika kita lihat pasukan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang besar macam mane kelab itu hendak mmbli pemain2 yang berbakat. lihat saje everton, pasukan yang tidak mmpunyai kewangan yang besar walaupun taktikal and taknikalnya hebat tp tetap tidak dapat bersaing di peringkat eropah. Contoh yang pling nyata kita boleh lihat ialah Leeds United yang mane stu ketika dahulu pencabar terhebat era 90-an tetapi akibat masalah kewangan kelab menyebabkan kelab itu jatuh ke divisyen 2. ini bermakna ada duit pasukan pun juara dan keadaan ini kita boleh lihat di Manchester United kelab juara epl,eropah dan dunia yang mana antara kelab terkaya di dunia. Bola sepak moden hari ini banyak mencipta wang daripada mencipta pemain, kita boleh lihat La Galaxy yang mane performance kelab tidak seberapa tetapi mempunyai wang untuk membeli wang untuk tujuan komersial. Yang pling tepat Bola sepak adalah wang, Bola sepak menjadikan wang yang mana star2 dalam bola sepak dijadikan icon untuk company promote barang2 mereka dan mendapat keuntungan yang sgt lumayan kerana pemain bola sepak adalah fenomena di kalangan pencinta bola sepak

Hanya Kawan



Pnat la citer pasal duit je kan,sbb nas wat pasal kawan baek aku pun nak la tp bezanya kwn baik nas still ade lg tp kwn baek aku dah hilang dlm ramai tp bukan mati la

-name die nadiah huzair
-biase pggl kak long
-umo dier 5 mac nnt 21thn..
-kteorg slalu kongsi masalah same2
-sbb dh knal since 2001, kteorg sgt phm 1 same laen.
-die sgt baek n sentiase ade whnever i need her..
-skrg stdy kt wellington, NZ

fakta menarik pasal dier nie,
-ske coklat,ketawa,nangis,mengadu
-perwatakan yang menyenangkan kira sejuk ht klau ngn dia
-pmpn yg simple tp pntgkn penampilan
-ade sft sebagai seorg kakak

kpd yg bce, jgn pkr len plak, she juz my besfren dr dulu kini n slamenyer.. cewah.. byk cite kteorg dh kongsi same2 so makin ari makin slese tok bercerite..tp tu smua dulu dari mla2 dia wat tesl kt malaysia dah mla renggang shinggala hri ni. sedih gak dia tkde wlaupun dia lg muda dr aku tp dia slalu nasihatkan aku, bg semangat and yang pling penting dia sumber inspirasi. Pd my gf jgn jeles sudah kan dh tau psl ni dr zaman sekolah lg tp plik kn saat bermakna dalam hdup ni sekejap je kan baki dia khidupan yg sgt biasa. Anyway aku bersyukur la sekurg-kurgnya org mcm aku pun leh ada besfren.hahahahahaha

Pelaburan

Pelaburan adalah satu perkataan yang sangat susah diterima kepada kebanyakan orang kerana pada mereka kebanyakan orang yang boleh melabur adalah orang kaya. Apa yang mereka katakan itu mmg benar kerana apabila seseorang yang hendak melabur perlu melihat situasi kewangan dari semasa ke semasa dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan kerana pelaburan tidak menjanjikan pulangan cepat dan pelaburan tidak semestinya mendapat keuntungan.

Pelaburan yang patut dipilih pada pendapat sy ialah pelaburan yang nyata seperti pelaburan hartanah,unit trust dan pelaburan-pelaburan yang dilakukan melalui bank bukannya pelaburan yang tidak kukuh seperti banyak pelaburan-pelaburan internet yang mana banyak di pasaran pada hari ini. Pendapat sy pelaburan hartanah sangat menguntungkan kerana harga tanah dan rumah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa lebih2 lg klau hartanah kte itu dibeli oleh pihak kerajaan. Saya mempunyai seorang rakan yang hanya membeli dan menjual tanah sahaja dan mencipta kekayaan dari sumber itu.

Untuk pembelian saham pula perlu sentiasa peka terhadap kegiatan ekonomi yang mana ramai pelabur baru memanipulasikan kegawatan ekonomi hari ini untuk membeli banyak saham yang mempunyai potensi untuk naik blik dlam jangka masa panjang.saya turut mengambil kesempatan ini untuk membeli saham2 public mutual yang kebanyakannya jatuh sehingga 80% ketika ini dan pada pendapat saya mungkin meningkat kembali kerana pasaran China mula menunjukkan peningkatan.

Takaful versus tabungan

Disini kita hendak lihat faedah atau keuntungan daripada membeli insurans takaful atau membuat tabungan peribadi. Situasi sebegini bagi pendapat saya perlu kefahawan yang sangat mendalam takaful dan simpanan dan disini sy just nak memberi info secara ringkas sahaja kerana sy bercakap disini bukan sebagai agen insurans atau pegawai dari mana-mana bank. Hari ini sy amat bersyukur kerana bangsa melayu sudah mula menerima baik tentang insurans dan mla faham tentang kepentingan insurans berbanding awal 90-an ketika arwah ayah saya adalah seorang agen insurans yang mana sangat sukar untuk menyakinkan kepada kepentingan insurans kepada kehidupan harian. Ok kte lihat perbezaan antara insurans takaful dan membuat simpanan.
Kte simpan 200 stiap bulan di bank dan 3 bulan yang pertama kte dapat hanya ada 600 ratus sahaja berbanding jika anda membeli insurans takaful dengan membayar nilai yang sama anda dapat medicare card untuk hospital swasta,Rm 20 ribu jika anda menghidap penyakit kronik,100 ribu jika berlaku kematian dan turut mempunyai tabungan. Jika anda bayangkan bulan ke-4 anda mengalami kemalangan dan anda cma ada 600 ringgit untuk membiayai segala kos perubatan berbanding jika memilih takaful yang mana ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Anda harus bijak memilih untuk masa depan anda.

Perlu atau tidak refinance balik pinjaman rumah

Jawapan yang paling mudah utk persoalan diatas ialah terpulang kepada individu itu sendiri yang mana kepada mereka yang hendak menjimatkan kos refinance adalah jawapan yang paling tepat ketika kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank diturunkan. Tujuan membuat pinjaman blik adalah untuk melangsaikan hutang-hutang lama dan membayar pinjaman balik dengan kadar yang lebih murah disebabkan interest yang lebih murah pada pinjaman blik yang baru dibuat. Jika ini jalan yang dipilih, keputusan anda sangat bijak dan amat menguntungkan.

Situasi lain ialah lakukan refinance blik pinjaman rumah untuk kegunaan peribadi yang mana situasi ini terlalu banyak berlaku pada hari ini, pada pendapat saya keputusan ini adalah sangat tidak bijak kerana pada kebiasaan mereka akan membuat pinjaman yang lebih besar, contohnya pinjaman terdahulu adalah seratus ribu dan pinjaman baru yang dibuat seratus lima puluh ribu lebih lima puluh ribu dan wang lebihan itu biasanya digunakan untuk tujuan peribadi seperti memperbesarkan rumah, modifikasi kereta dan macam-macam lagi yang mana pada mereka dapat melengkapkan kehidupan mereka. Keadaan ini bukan membantu malah membawa malapetaka kepada peminjam kerana hutang lama memang telah dilangsaikan dan pada masa yang sama mencipta hutang baru.

Renung-renungkanlah situasi ini dan pertimbangkan sebelum membuat pinjaman balik dari segi baik dan buruk dan keinginan peribadi yang menggila.

Monday, February 23, 2009

Kenapa kita perlu jadi jutawan

Monday, February 23, 2009
1. Belajar kemahiran dan pengetahuan baru
- Reality tentang perkara ini ialah mana ada jutawan yang mengehadkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Untuk menjadi seorang jutawan mereka perlu mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang baru dan yang paling pentg la kemahiran yang perlu ada ialah menjual , berunding, kemahiran taktikal dan sebagainya

2. Belajar menyusun keutamaan masa anda
- Terlalu ramai dan saya sendiri tidak dapat menyusun masa dengan betul. Oleh sebab masa adalah elemen yang tidak bleh dihentikan and dikawal, maka kte perlu mengoptimumkan masa kte dengan mengurangkan masa bercinta (dating), main game and ape2 yang kearah membuang masa sebaliknya melebihkan masa dengan membaca buku dan mencari pengetahuan2 baru.

3. Belajar menumpukan perhatian keatas perkara2 yang penting
- Bakal jutawan dan jutawan sebenar telah mengutamakan 20 peratus yang bleh menghasilkan pulangan sebanyak 80 peratus. Kte leh tgk yang mna mengutamakn perkara yang dulu sgt pentg bkn shaja untuk jd jutawan tapi untuk menjalani kehidupan seharian

4. Mencipta peluang pekerjaan
- Inilah hasil yang pling lumayan selain kepuasan peribadi kte juga bleh membantu orang lain juga. Kaji selidik menyatakan bahawa seorang jutawan dapat member peluang pekerjaan kpd 10 orang lain. Dalam mengejar kekayaan dunia kte secara tak langsung juga telah mendapat sesuatu untuk akhirat

5. Menjadi inspirasi kepada orang lain
- Ini adalah satu nilai yang nak sgt sy miliki, orang mengangkat sy sebagai mentor diorang mcm mane sy mengangkat Bill Gates sebagai mentor sy. Bill gates bkn seorang yang pandai belajar dan pernah ditangkap meniru, pecah masuk makmal computer dan macam2 lg dia wat tp ape yg sy kagum kebanyakan jutawan dari golongan sebegini bkn dr kalangan orang bijak pandai tetapi bijak dalam mencuri peluang!!! Bukan golongan skema tp riuh terhadap suasana dan yang pling penting bukan golongan yang tak cintakan wang.