I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 24, 2009

Pelaburan

Tuesday, February 24, 2009
Pelaburan adalah satu perkataan yang sangat susah diterima kepada kebanyakan orang kerana pada mereka kebanyakan orang yang boleh melabur adalah orang kaya. Apa yang mereka katakan itu mmg benar kerana apabila seseorang yang hendak melabur perlu melihat situasi kewangan dari semasa ke semasa dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan kerana pelaburan tidak menjanjikan pulangan cepat dan pelaburan tidak semestinya mendapat keuntungan.

Pelaburan yang patut dipilih pada pendapat sy ialah pelaburan yang nyata seperti pelaburan hartanah,unit trust dan pelaburan-pelaburan yang dilakukan melalui bank bukannya pelaburan yang tidak kukuh seperti banyak pelaburan-pelaburan internet yang mana banyak di pasaran pada hari ini. Pendapat sy pelaburan hartanah sangat menguntungkan kerana harga tanah dan rumah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa lebih2 lg klau hartanah kte itu dibeli oleh pihak kerajaan. Saya mempunyai seorang rakan yang hanya membeli dan menjual tanah sahaja dan mencipta kekayaan dari sumber itu.

Untuk pembelian saham pula perlu sentiasa peka terhadap kegiatan ekonomi yang mana ramai pelabur baru memanipulasikan kegawatan ekonomi hari ini untuk membeli banyak saham yang mempunyai potensi untuk naik blik dlam jangka masa panjang.saya turut mengambil kesempatan ini untuk membeli saham2 public mutual yang kebanyakannya jatuh sehingga 80% ketika ini dan pada pendapat saya mungkin meningkat kembali kerana pasaran China mula menunjukkan peningkatan.

No comments:

Post a Comment