I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 31, 2009

JUTAWAN SENYAP

Saturday, January 31, 2009
Mungkin sebelum saya menulis anda pernah terbaca tentang jutawan senyap . Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa apa yang saya tulis adalah hanya rangkuman daripada apa yang Dr Rusly Abdullah ceritakan dalam bukunya Silent Millionaire, yang telah saya habis baca pada tahun lepas.

Pengagungan kepada barat yang berlebihan menjadikan kita lupa atau terlepas pandang kisah-kisah jutawan yang dekat dengan kita. Sebilangan orang-orang kecil yang tidak terbilang sedang tekun berusaha di belakang rumah, lorong-lorong bandar, di kaki-kaki lima, pasar malam dan pasar lambak mempunyai keyakinan tinggi untuk berjaya.

Sedang kita berhempas pulas mencari buku-buku motivasi, mencari formula untuk berjaya dan mencari jalan pintas untuk menjadi kaya. Mereka secara senyap-senyap telah menjadi seorang jutawan.

Saya bukan hendak berlagak pandai tapi hendak memperbetulkan persepsi masyarakat kita terutama siswa dan siswi yang mana peniaga kecil turut boleh jadi seorang jutawan . Pengalaman saya yang pernah berniaga di pasar malam di pandang enteng di kalangan remaja. Nak cari Awek pun susah sebab dikatakan kerja pun kerja cikai. Ubahlah persepsi anda kerana mereka telah menjadi jutawan dan anda tidak mempunyai apa-apa untuk memandang rendah terhadap mereka . Mungkin saya atau anda akan menjadi jutawan seterusnya.

EMPAT CARA KE ARAH KEBIJAKSANAAN BERBELANJA

Kata kunci dalam pembinaan seorang jutawan ialah berbelanja dengan bijaksana.

Saya pun tidak mahir untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih panjang tapi atas kefahaman saya mengkelaskan perbelanjaan yang bijak adalah dengan mempunyai sebab yang kukuh untuk membelinya.

Beri saya peluang selaku junior dalam ilmu kewangan ini dengan menunjukkan empat cara ke arah perbelanjaan bijaksana . Ambil sekeping kertas dan buat empat kolum dan kelaskan setiap kolum dengan perlu , penting , menyamankan dan tidak berguna .

Untuk kategori perlu , yang mana ada membelanjakan wang anda ke atas keperluan asas seperti makanan , tempat tinggal dan pakaian. Kolum kedua iaitu penting boleh dikelaskan sebagai peningkatan kualiti hidup seperti membeli pemanas air atau buku.

Kategori ketiga perbelanjaan ialah menyamankan seperti menonton wayang sebulan sekali dan membelikan hadiah hari jadi kepada ahli keluarga.

Untuk kategori tidak berguna mungkin anda telah faham yang mana wang dikeluarkan ke arah perkara yang sia-sia . Cuba anda renungkan untuk kategori yang mana anda telah berbelanja ke arah yang sia-sia. Saya pun terlah sedar kesilapan saya yang mana saya terlalu gila telefon bimbit , model nokia 6600, 3310c, 5600, N70, N73, N76, N81, N82, N95 , cuba anda bayangkan berapa banyak wang yang telah saya bazirkan untuk memiliki semua model itu.

Itulah satu kaedah yang penting untuk menguruskan perbelanjaan yang bijak . Anda tidak perlu memanjat mana-mana gunung untuk mencari kebenaran nasihat ini. Anda memang bertuah dan saya lebih bertuah kerana dapat menyampaikan ilmu ini.

MELABUR KE ATAS DIRI ANDA SENDIRI

Mesti ramai yang tertanya apakah maksud melabur ke atas diri anda sendiri . Apa yang saya maksudkan ialah pelaburan dalam pendidikan diri kita secara berterusan seperti mendapat sijil atau ijazah yang lebih tinggi. Ini juga bermaksud membaca buku , membaca jurnal atau menghadiri seminar . Ini juga bermaksud selalu bertanya , memerhati atau mendekati dengan orang yang lebih berjaya.

Mengapa saya berkata ini pelaburan terbaik , saya bukan mereka cerita malah saya turut dapatkan maklumat ini dengan membaca . Jawapannya mudah sahaja kerana ia tidak hanya membayar anda 10 kali ganda wang yang telah anda laburkan , malahan juga akan mengajar anda cara bagaimana untuk membelanjakan wang anda dengan bijak . Cuba anda renung jika sekarang anda bekerja pendapatan RM 2 000 dan anda teringin untuk melanjutkan pelajaran , apabila mendapat ijazah anda anda akan dibayar lebih RM 1 000 . Lebihan RM 1 000 akan menjadi RM 1.3 juta dengan andaian anda simpan kesemuanya dan memperoleh kaedah simpanan 10 peratus setahun selama 25 tahun.

Dengan kata lain , didiklah diri anda . Apabila anda lakukan ini , anda sebenarnya melabur dalam diri anda dan itulah pelaburan yang terbaik yang anda akan buat dalam hidup anda . Sekiranya anda tidak mahu melabur dalam diri anda sendiri , mengapa pula orang lain perlu melakukan untuk anda..

Friday, January 30, 2009

Bisnes Prepaid

Friday, January 30, 2009
EZYRELOAD Prepaid - Bisnes Topup Paling Untung!
Nak joint jadi agen jual topup?? Ha..Disinilah destinasi anda..Jual topup dari serendah Rm3.00 Dan nikmati keuntungan sehingga 5%..Jual Topup Rm10 Untung 50sen!
Mahu Topup MURAH?

Sekiranya anda adalah peniaga(kecil/sederhana) yang HANYA FOKUS KEPADA MAXIS/CELCOM maka inilah masanya untuk anda dptkan keistimewaan. DAN keuntungan prepaid adalah seperti berikut :
MAXIS ELOAD Rm3.00 - Rm9.00 = 3%
MAXIS ELOAD Rm10.00 - Rm100 = 4%
CELCOM ELOAD Rm3.00 - Rm9.00 = 4%
CELCOM ELOAD Rm10.00 - Rm100 = 5%
DIGI PIN RM10 = Rm10.00
ITALK PIN RM10 = Rm9.10

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes topup secara kecil-kecilan atau sederhana mahupun besar-besaran, inilah peluang untuk anda. Sertailah kami.
Sistem beroperasi 24 jam sehari. Bukan MLM. Income Real Time. Tak perlu menaja, Tak perlu maintain jualan dan Tak perlu Upgrade keahlian untuk mendapatkan keistimewaan ini..
Contoh Produk
Maxis Rm 3.00, Harga Ahli : RM 2.91, Untung Bersih : Rm 0.09 ( 3%)
Maxis Rm 4.00, Harga Ahli : RM 3.88, Untung Bersih : Rm 0.12 ( 3%)
Maxis Rm 5.00, Harga Ahli : RM 4.85, Untung Bersih : Rm 0.15 ( 3%)
Maxis Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.60, Untung Bersih : Rm 0.40 ( 4%)
Maxis Rm 30.00, Harga Ahli : RM 28.80, Untung Bersih : Rm 1.20 ( 4%)
Celcom Rm 3.00, Harga Ahli : RM 2.88, Untung Bersih : Rm 0.12 ( 4%)
Celcom Rm 4.00, Harga Ahli : RM 3.84, Untung Bersih : Rm 0.16 ( 4%)
Celcom Rm 5.00, Harga Ahli : RM 4.80, Untung Bersih : Rm 0.20 ( 4%)
Celcom Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.50, Untung Bersih : Rm 0.50 ( 5%)
Celcom Rm 30.00, Harga Ahli : RM 28.50, Untung Bersih : Rm 1.50 ( 5%)
Celcom Rm 100.00, Harga Ahli : RM 95.00, Untung Bersih : Rm 5.00 ( 5%)
DIGI Pin Rm10, Harga Ahli : RM 10.00, Untung Bersih : Rm 0.00 ( 0%)

Anda boleh mendaftarkan no anda samada yang menggunakan Prepaid atau Pospaid. Server cantik. Servis 24jam(bukan waktu ofis sahaja). Reload serta merta(Autoreload). Tiada Caj Tambahan dan Tiada Syarat-Syarat Dikenakan.
Tiada sewa bulanan/yuran tahunan. Tanpa risiko double reload (transaksi sama berulangkali disebabkan kecuaian). Perkhidmatan BUKAN berbentuk M.L.M @ SISTEM PIRAMID.

Tips paling penting memulakan perniagaan prepaid..
Jika anda ingin menjual topup prepaid, carilah hasil jualan yang PALING UNTUNG! Cuba cari, company manakah yang dapat memberikan keuntungan jualan Rm10.00 Celcom dengan untung bersih 50sen??

Pernah dengar Mymode, Mobile Wallet, Mastereload, Money Mobile, atau Rajaprepaid?
Ya, mereka adalah syarikat yang sama menjalankan bisnes reload prepaid menggunakan SMS. Tetapi yang membezakan kami adalah keuntungan jualan yang paling tinggi berbanding mereka. Sertailah kami di EZYRELOAD sekarang.
Cubalah, anda pasti berpuas hati.

Well, Dari pembelian topup RM10, anda mungkin hanya akan dapat 50 sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup... Tak perlu ke hulu ke hilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.. Dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup di kedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? Usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.

Kini..Anda boleh dapat pendapatan tambahan lagi..Cubalah, boleh jual pada rakan2 di tmpat kerja. Di pejabat, kilang, hostel atau anda boleh guna untuk topup diri sendiri dan ahli keluarga dengan harga yang lebih murah dari pasaran!



Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Mohd Yusuf - 012-7226499

1. Komisen Memperkenalkan Rakan
(Member Get Member)
Kami juga menawarkan ganjaran kepada anda yang memperkenalkan rakan untuk mendaftar sebagai agen. Insentif sebanyak RM15.00 bagi setiap seorang rakan yang berjaya anda perkenalkan dan didaftarkan sebagai agen. Apabila agen baru itu disahkan telah membuat bayaran pendaftaran, Insentif tersebut akan ditransfer terus ke dalam akaun topup anda.
Anda boleh memperkenalkan seberapa ramai yang boleh.

PENDAFTARAN
Yuran RM50.00 (Rm10.00 dikembalikan sebagai modal permulaan)

PENAMBAHAN MODAL
Untuk penambahan modal lanjutan, bergantung kepada kemampuan anda. Kami menyediakan kemudahan MAYBANK & CIMB untuk anda menambah modal (bank in ATM / Internet). Untuk bayaran menambah nilai modal anda, sila masukkan (bank in) deposit terus ke akaun HQ.

Perhatian:
Setiap kali anda melakukan urusan penambahan modal (bank in), tidak kira berapa RM sekalipun, Server akan tolak 5 sen dari baki anda.
Sebagai contoh: sekiranya anda bank in RM100.00, maka akan jadi RM99.95. Anda tidak perlu risau kerana kami hanya mengenakan caj 5 sen itu sahaja untuk perkhidmatan penambahan modal (bank in).

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH AGEN
1. Pelanggan tidak menerima Topup
Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan kami.

2. Topup lambat diterima oleh pelanggan
Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.

3. Perkara lain yang mungkin terjadi
SMS yang anda hantar tidak sampai ke server kami. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server kami.

Thursday, January 29, 2009

Gelora hutang

Thursday, January 29, 2009
1. Kais sebulan makan sebulan setengah

• Situasi ini sering berlaku pada lepasan graduan atau orang yang baru bekerja, mereka begitu sayang untuk berbelanja. Mereka berpendapat membeli-belah, membuat pinjaman perabot di court atau membeli aksesori rumah dan kereta sangat tidak berbaloi. Mereka mengeluarkan sejumlah besar pendapatan mereka untuk disimpan atau membuat pelaburan jangka pendek dan panjang.

2. Kais sebulan makan sebulan

• Situasi ini boleh dikatakan normal bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Gaji bulanan hanya cukup untuk membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan kad kredit mereka yang semakin bertambah. Pada waktu ini tiada lagi simpanan yang boleh di buat kerana duit gaji yang telah diperuntukkan telah habis digunakan untuk membayar hutang kad kredit yang lazimnya dimiliki oleh rakyat Malaysia.

3. Kais sebulan makan setengah bulan

• Tanpa menyedari malapetaka yang bakal menimpa, kebanyakan orang masih terus berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada ketika ini gaji bulanan hanya dapat untuk menanggung kos perbelanjaan bulanan bagi setengah bulan dah selebihnya untuk membayar hutang. Dalam masa yang sama hutang lain terpaksa di buat untuk separuh keperluan yang tidak mampu dibayar. Akibatnya hutang kad kredit sedia ada bertambah dari hari ke hari.

4. Kais sebulan makan seminggu

• Ketika ini baru ramai yang sedar dia telah di persimpangan. Tiga suku gaji telah digunakan untuk membayar ansuran seminimum yang mungkin atau yang telah tertunggak lama. Gaji masuk 28 haribulan dan pada 30 haribulan baki dalam akaun tinggal Rm 100. cuba anda bayangkan situasi ini dan sudah semestinya anda akan muflis.