I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 18, 2009

onebip

Wednesday, March 18, 2009


ni bg aku teknologi bru la,sblum ni kte biasa dgr paypal kan tp untuk malaysia diorang ade wt sistem onebip yang mne skali sms duit kte dr hp akn ditolak. menarik gak la klau paypal kne amik msa skit bru leh approve. sblum ni aku berurusan ngn paypal amik msa 3 hari bru duit aku cash in and cash out leceh kan.tp untuk malaysia diorang wt sistem onebip ni.best gle tau.aku gna service ni untuk beli emas dlm game travian, bnyak gle duit hbis main game ni jnji kg aku power.hahahah kegilaan untuk tarbil kg orang mkin lame mkin memuncak ni.

Honda City



mdel bru city ni smart gle kan,bg aku pling smart dia pnya belakang la. garang gle dia pnya belakang.hahaha aku nak sgt kereta ni nak bli civic mhal plak.aku nak kuarkan kereta ni tp mak aku tak bg la plak.kne la tunggu la grade dlu tp after grade msti tak jd sbb duit bnyak ke tempat lain

NOKIA



ni satu brand gler tiap blan nak kuar model bru,sblum ni aku lyan gak dia pnya brand tp lme2 aku dh tak bleh nak ikut dah. bnyak gler duit aku habis sbb lyan perkembangan hp ni.pning2 kpala and akhirnya aku berenti stakat hp aku skrang la n82 tapi aku ad hp idaman aku aku nk sangat beli e90 tp aku rasa aku mmpu kot nak bli hp ni tp tnggu masa je la.aku mnt gle hp2 based communicator ni menarik and elegan and yang pling penting nmpak korporat tu yang aku suka tu. for nokia aku bangga ngn company ko sbb mmpu influence org2 cam aku yang asik tukar2 prodok ko.anyway aku mmg ska brand ni je and yang pling tak suka motorola la

AIG



ape la dah jd ngan AIG, wlaupun kerajaan us dah pam bnyak duit dlm company nitp dia ttp lmbt gak nak pulih. aku tak kisah sgt tp sbb dia penaja utama manchester united tu yang aku risau tu.kontrak dia ngn manchester pun dah nk abis. aku dgr manchester cari company india untuk masuki pasaran asia barat.dlm main bola diorang tak lupa gak kn nak buat duit tp satu je la aku slaku peminat manchester ni tak nak janganlah ade tulisan india kt jersi manchester united nnti. lg satu air asia pun disebut2 utk jadi penaja rasmi manchester.tp takpe la dr company india kan.hahahaha

Forbes

bru2 ni majalah forbes bru keluarkan senarai orang2 pling kaya kt dunia,ape yang mengembirakan bill gates naik blik rank no 1 and ada org malaysia dlm rank tu tp dia tak bgtau dia org malaysia coz based bisnes fia kt hong kong kan. akibat kemelesetan ekonomi diorang semua rugi teruk. orang pling kaya russia terpaksa amik blik deposit rumah dia kt france sbb rugi truk dlam bisnes dia.ape2 hal wlaupun rugi mereka tetap dlm kelas tersendiri. ble la aku nak ikut jejak mentor aku bill gates kan

travian



ni kre fenomena bg aku skrg ni,slalu sgt main game ni,dr segi graphic mmg la tkde tp yg pnting ad strategi utk main game tu yang wt best tu,spe pndai taktikal dia la yang menang. pling penting kelebihan game ni adlah interaksi antra pemain tu yang penting.leh interc sluruh malaysia.aku dh dpt bnyk kwan dri game ni yang lebih menghairankan bnyk glongan profesional pun main game.staff2 uitm pun main game ni gak tau. pda yang nak main mlm ni kul 12 pelancaran speed travian yang mne 3 kli gnda lebih laju drpd asalnya. slamat mencuba

Manchester United



sedih gle la Mu klah ngn liverpool, apabila team tu klah aku pun jd klah besar sbb bnyk mmber2 and veteran2 yg sokong liverpool. tension gler klau klah kcik tkpe ni klah besar mkin la aku kne bhan lg ngn mmber2 kt jb, time game hp aku tak henti2 berdering and ada je sms and call yg msuk.tension2 tp aku leh wat ape kan. redha je la and yang pling pnting skrg mu dh pgg 2 piala and 3 piala lg bkal menyusul. wlaupun klah semangat sang juara msih ad and peminat mu sbar mu akn bgkit sepertimna kebngkitan di era 90-an

Wednesday, March 11, 2009

Sony Playstation

Wednesday, March 11, 2009


First skali dlu sony wt playstation yg besar tu lpa la nme dia sblum ps1,yg tub g aku lbh than kan berbanding ps1 tp bezanya ps1 tu kcik skit and senang nk bwk mne2. Time ps1 tu smua gler main game grandturismo edisi 1 smpai la yang ke 4. Konsep game kat ps1 tu tak la real mne pun. Pstu transform ke ps2 yg mne system, grafik and mcm2 lg la diorang ubah suai. Ps2 bg aku dah ckup bgus dah tp diorang ttp tak puas hati gak and design ps3 and stu2nya consul game yang aku lom mmpu nak beli lg, bkan psal tak mmpu tapi lens takde yg dh modified and bleh main pkai cd original je.gle ape 1 cd original rm200 lebih.tk mmpu aku nak lyn. Tak puas ngn tu sony kluarkn model portable iaitu psp, tk dpt bli ps3 dpt blip sp pun jadi la.lyn gak psp ni bkn utk game je kau leh smpan lagu, gmbar, video and leh gak online tu yang best tu.tak rugi bli psp ni and the latest model psp nip sp siri 3000 tp jgn la bli dlu sbb msih gna lens original lg.

Langkah2 kearah menabung

Mula dari awal
sekadar berkongsi, dulu semasa kecik, saya dengan adik2 memang pantang nampak duit syiling, bila bapak balik sahaja dari kerja dan ada duit syiling, kami berebut nak amek duit syiling. Kami mmg seronok menabung, biaselah, kami pun bukannya keluarga senang. Percaya atau tidak, saya masih mengamalkan tabiat menabung duit syiling.

Guna apa yang ada
Selagi barang2 yang kita ada sekarang boleh diguna dan belum rosak, kita gunalah, guna sehingga betul2 tak boleh digunakan lagi. Sy msih gana lg brg yg lama and msih bleh dgunakan.dekat rumah tv yg berumur 22 tahun masih bleh digunakan.

Beli apa yang perlu
Ini pun penting, kita senarai dulu apa yang perlu. Keperluan dan keinginan jangan dicampurkan, keinginan boleh dipenuhi, tetapi hangan selalu. Seperti contoh, kita teringin nak makan makanan mahal dan sedap, boleh...tapi jangan selalu. (megi pun sedap kan?hehehe) Anda inginkan kereta mewah seperti BMW, ape tunggu lagi, mulalah menabung!!!

Simpanan tetap
Simpan duit di dalam bank dan jangan keluarkan. Tunggulah sehingga 10 atau 20 tahun, haaa...mesti anda terkejut denganhasilnya.

Future plan
Rancang masa depan, biar kita bersusah sekarang, tetapi hasilnya lumayan kelak. Ingat, kita hidup banyak cabaran. Contoh sekarang, ramai yang di buang kerja, dahulu kita tidak terfikir pun. Kalau kita menabung, sekurang2 nya kita dapat mengurangkan bebanan kita, betul??

Tuesday, February 24, 2009

2`w` untuk lelaki

Tuesday, February 24, 2009
Mesti ramai yang tertanya ape dia 2w untuk lelaki. jawapanya mudah w pertama ialah wang dan w kedua ialah wanita. Pendapat saya lelaki normal hanya bermasalah based pada 2w sahaja, klau tak percaya kita lihat bf or ayah kita sendiri. Sy pun tkde idea sngat nak cerita tentang benda ni cma nk kongsi skit info kat kaum wanita jika bf anda sentiasa runsing dan mcm bermasalah cpt2 la tnya sebab just ade 2 kemungkinan tkde duit or dah ad pompuan lain. Ini bg lelaki yg normal la tetapi m,asih ade lelaki yang tak normal yang selalu pkir pasal pmpuan je knon2 love u forever la dan sgt `taat setia` kepada wanita dan menghabiskan banyak w yang pertama kt pompuan tu. Berbaloi ke wat macam tu sebab pd pndpt sy w yg pertama adlh lambang kepada lelaki, lelaki leh ego sbb ade w yg pertama dn bknya w yg kedua meragut keegoaan lelaki. Mungkin anda leh katakan wang bleh jadikan lelaki terlampau obses, tp tak pernah terpikir ke brape mas kahwin dletakkn oleh mak bapak sebelahh perempuan,duit nak wt majlis khwin, tiket percutian berbulan madu,anak nak smbung u and mcm2 lg2 lelaki kne pkir dsebbkan wang, tkkan nk gila cinta je kot tb je mse kne perli tkkn nk khwin pun nk kene sponsor kot. sebab tu sy nyatakan w pertama adlah sgt penting kerana adnya w pertama leh cipta w yg kedua tp w yang kedua tak bleh cpta w yang pertama kecuali gigolo

Bola Sepak Dan Wang

Kenapa lelaki cintakan bola sepak????jwapannya same saje dengan kenapa lelaki cintakan wang. Bola sepak sebenarnya adalah permainan wang yang mane tnpa kewangan dal;am bola sepak kelab itu tidak kemana. Mgkin banyak yang menyatakan bola sepak based pada taktikal and teknikal, kenyataan itu benar jika kita lihat dr prospek pasukan kebangsaan tapi untuk kelab wang adalah segalanya. kenapa perlu wujud big4 di epl, hal ini merujuk kpada big Our money. Pasukan kelab terpaksa membeli seberapa banyak pemain yang bgus untuk mengukuhkan pasukan mereka, jika kita lihat pasukan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang besar macam mane kelab itu hendak mmbli pemain2 yang berbakat. lihat saje everton, pasukan yang tidak mmpunyai kewangan yang besar walaupun taktikal and taknikalnya hebat tp tetap tidak dapat bersaing di peringkat eropah. Contoh yang pling nyata kita boleh lihat ialah Leeds United yang mane stu ketika dahulu pencabar terhebat era 90-an tetapi akibat masalah kewangan kelab menyebabkan kelab itu jatuh ke divisyen 2. ini bermakna ada duit pasukan pun juara dan keadaan ini kita boleh lihat di Manchester United kelab juara epl,eropah dan dunia yang mana antara kelab terkaya di dunia. Bola sepak moden hari ini banyak mencipta wang daripada mencipta pemain, kita boleh lihat La Galaxy yang mane performance kelab tidak seberapa tetapi mempunyai wang untuk membeli wang untuk tujuan komersial. Yang pling tepat Bola sepak adalah wang, Bola sepak menjadikan wang yang mana star2 dalam bola sepak dijadikan icon untuk company promote barang2 mereka dan mendapat keuntungan yang sgt lumayan kerana pemain bola sepak adalah fenomena di kalangan pencinta bola sepak

Hanya Kawan



Pnat la citer pasal duit je kan,sbb nas wat pasal kawan baek aku pun nak la tp bezanya kwn baik nas still ade lg tp kwn baek aku dah hilang dlm ramai tp bukan mati la

-name die nadiah huzair
-biase pggl kak long
-umo dier 5 mac nnt 21thn..
-kteorg slalu kongsi masalah same2
-sbb dh knal since 2001, kteorg sgt phm 1 same laen.
-die sgt baek n sentiase ade whnever i need her..
-skrg stdy kt wellington, NZ

fakta menarik pasal dier nie,
-ske coklat,ketawa,nangis,mengadu
-perwatakan yang menyenangkan kira sejuk ht klau ngn dia
-pmpn yg simple tp pntgkn penampilan
-ade sft sebagai seorg kakak

kpd yg bce, jgn pkr len plak, she juz my besfren dr dulu kini n slamenyer.. cewah.. byk cite kteorg dh kongsi same2 so makin ari makin slese tok bercerite..tp tu smua dulu dari mla2 dia wat tesl kt malaysia dah mla renggang shinggala hri ni. sedih gak dia tkde wlaupun dia lg muda dr aku tp dia slalu nasihatkan aku, bg semangat and yang pling penting dia sumber inspirasi. Pd my gf jgn jeles sudah kan dh tau psl ni dr zaman sekolah lg tp plik kn saat bermakna dalam hdup ni sekejap je kan baki dia khidupan yg sgt biasa. Anyway aku bersyukur la sekurg-kurgnya org mcm aku pun leh ada besfren.hahahahahaha

Pelaburan

Pelaburan adalah satu perkataan yang sangat susah diterima kepada kebanyakan orang kerana pada mereka kebanyakan orang yang boleh melabur adalah orang kaya. Apa yang mereka katakan itu mmg benar kerana apabila seseorang yang hendak melabur perlu melihat situasi kewangan dari semasa ke semasa dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan kerana pelaburan tidak menjanjikan pulangan cepat dan pelaburan tidak semestinya mendapat keuntungan.

Pelaburan yang patut dipilih pada pendapat sy ialah pelaburan yang nyata seperti pelaburan hartanah,unit trust dan pelaburan-pelaburan yang dilakukan melalui bank bukannya pelaburan yang tidak kukuh seperti banyak pelaburan-pelaburan internet yang mana banyak di pasaran pada hari ini. Pendapat sy pelaburan hartanah sangat menguntungkan kerana harga tanah dan rumah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa lebih2 lg klau hartanah kte itu dibeli oleh pihak kerajaan. Saya mempunyai seorang rakan yang hanya membeli dan menjual tanah sahaja dan mencipta kekayaan dari sumber itu.

Untuk pembelian saham pula perlu sentiasa peka terhadap kegiatan ekonomi yang mana ramai pelabur baru memanipulasikan kegawatan ekonomi hari ini untuk membeli banyak saham yang mempunyai potensi untuk naik blik dlam jangka masa panjang.saya turut mengambil kesempatan ini untuk membeli saham2 public mutual yang kebanyakannya jatuh sehingga 80% ketika ini dan pada pendapat saya mungkin meningkat kembali kerana pasaran China mula menunjukkan peningkatan.

Takaful versus tabungan

Disini kita hendak lihat faedah atau keuntungan daripada membeli insurans takaful atau membuat tabungan peribadi. Situasi sebegini bagi pendapat saya perlu kefahawan yang sangat mendalam takaful dan simpanan dan disini sy just nak memberi info secara ringkas sahaja kerana sy bercakap disini bukan sebagai agen insurans atau pegawai dari mana-mana bank. Hari ini sy amat bersyukur kerana bangsa melayu sudah mula menerima baik tentang insurans dan mla faham tentang kepentingan insurans berbanding awal 90-an ketika arwah ayah saya adalah seorang agen insurans yang mana sangat sukar untuk menyakinkan kepada kepentingan insurans kepada kehidupan harian. Ok kte lihat perbezaan antara insurans takaful dan membuat simpanan.
Kte simpan 200 stiap bulan di bank dan 3 bulan yang pertama kte dapat hanya ada 600 ratus sahaja berbanding jika anda membeli insurans takaful dengan membayar nilai yang sama anda dapat medicare card untuk hospital swasta,Rm 20 ribu jika anda menghidap penyakit kronik,100 ribu jika berlaku kematian dan turut mempunyai tabungan. Jika anda bayangkan bulan ke-4 anda mengalami kemalangan dan anda cma ada 600 ringgit untuk membiayai segala kos perubatan berbanding jika memilih takaful yang mana ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Anda harus bijak memilih untuk masa depan anda.

Perlu atau tidak refinance balik pinjaman rumah

Jawapan yang paling mudah utk persoalan diatas ialah terpulang kepada individu itu sendiri yang mana kepada mereka yang hendak menjimatkan kos refinance adalah jawapan yang paling tepat ketika kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank diturunkan. Tujuan membuat pinjaman blik adalah untuk melangsaikan hutang-hutang lama dan membayar pinjaman balik dengan kadar yang lebih murah disebabkan interest yang lebih murah pada pinjaman blik yang baru dibuat. Jika ini jalan yang dipilih, keputusan anda sangat bijak dan amat menguntungkan.

Situasi lain ialah lakukan refinance blik pinjaman rumah untuk kegunaan peribadi yang mana situasi ini terlalu banyak berlaku pada hari ini, pada pendapat saya keputusan ini adalah sangat tidak bijak kerana pada kebiasaan mereka akan membuat pinjaman yang lebih besar, contohnya pinjaman terdahulu adalah seratus ribu dan pinjaman baru yang dibuat seratus lima puluh ribu lebih lima puluh ribu dan wang lebihan itu biasanya digunakan untuk tujuan peribadi seperti memperbesarkan rumah, modifikasi kereta dan macam-macam lagi yang mana pada mereka dapat melengkapkan kehidupan mereka. Keadaan ini bukan membantu malah membawa malapetaka kepada peminjam kerana hutang lama memang telah dilangsaikan dan pada masa yang sama mencipta hutang baru.

Renung-renungkanlah situasi ini dan pertimbangkan sebelum membuat pinjaman balik dari segi baik dan buruk dan keinginan peribadi yang menggila.

Monday, February 23, 2009

Kenapa kita perlu jadi jutawan

Monday, February 23, 2009
1. Belajar kemahiran dan pengetahuan baru
- Reality tentang perkara ini ialah mana ada jutawan yang mengehadkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Untuk menjadi seorang jutawan mereka perlu mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang baru dan yang paling pentg la kemahiran yang perlu ada ialah menjual , berunding, kemahiran taktikal dan sebagainya

2. Belajar menyusun keutamaan masa anda
- Terlalu ramai dan saya sendiri tidak dapat menyusun masa dengan betul. Oleh sebab masa adalah elemen yang tidak bleh dihentikan and dikawal, maka kte perlu mengoptimumkan masa kte dengan mengurangkan masa bercinta (dating), main game and ape2 yang kearah membuang masa sebaliknya melebihkan masa dengan membaca buku dan mencari pengetahuan2 baru.

3. Belajar menumpukan perhatian keatas perkara2 yang penting
- Bakal jutawan dan jutawan sebenar telah mengutamakan 20 peratus yang bleh menghasilkan pulangan sebanyak 80 peratus. Kte leh tgk yang mna mengutamakn perkara yang dulu sgt pentg bkn shaja untuk jd jutawan tapi untuk menjalani kehidupan seharian

4. Mencipta peluang pekerjaan
- Inilah hasil yang pling lumayan selain kepuasan peribadi kte juga bleh membantu orang lain juga. Kaji selidik menyatakan bahawa seorang jutawan dapat member peluang pekerjaan kpd 10 orang lain. Dalam mengejar kekayaan dunia kte secara tak langsung juga telah mendapat sesuatu untuk akhirat

5. Menjadi inspirasi kepada orang lain
- Ini adalah satu nilai yang nak sgt sy miliki, orang mengangkat sy sebagai mentor diorang mcm mane sy mengangkat Bill Gates sebagai mentor sy. Bill gates bkn seorang yang pandai belajar dan pernah ditangkap meniru, pecah masuk makmal computer dan macam2 lg dia wat tp ape yg sy kagum kebanyakan jutawan dari golongan sebegini bkn dr kalangan orang bijak pandai tetapi bijak dalam mencuri peluang!!! Bukan golongan skema tp riuh terhadap suasana dan yang pling penting bukan golongan yang tak cintakan wang.

Aku, Wang dan Kehidupan

Tentu korang semua anggap aku obsess ngan duit kan,cter psal duit je tk hbis2. Tp korang tk pnah tau hdup aku sentiasa di belenggu oleh masalah duit. Ape yang aku tulis tu just info2 yang amt berguna untuk korang sebenarnya. Kte membayar sejumlah wang untuk tau pasal kewangan dan crita2 yang pernah orang-orang yang Berjaya lalui, kan snagat berbaloi kan daripada kte mengharungi segala keperitan hidup sbb tkde ilmu kewangan. Aku rasa aku layak sangat untuk bercakap pasal kewangan bukan pasal ilmu yang aku ade tp pengalaman hdup aku yang pnuh dengan masalah kewangan. Aku belajar or baca buku kewangan sbb aku taknak ikut orang sekeliling yang telah muflis!!!! Bukan senang nk bangun klau dah muflis tp kte ttp bleh bgun. Jadi aku sarankan korang yang taknak mengalami masalah cam aku banyak-banyakanlah baca bku kewangan, mgkin korang ade degree marketing tp tanpa ilmu tntg kewangan korang akn tetap nmpak mcam orang yang tak punya apa2,hutang kad kredit, hutang kereta, rumah dan pelbagai hutang akan menghantui diri kte jika tak pandai menguruskan kewangan dengan baik

Monday, February 2, 2009

Cara mengurangkan caj faedah yang dapat mengurangkan nilai hutang.

Monday, February 2, 2009
1) Gadai janji berserta tambahan

Anda cuba lihat contoh yang akan saya berikan, jika gadai janji bulanan adalah Rm965sebulan dan anda memilih untuk membayar Rm1100 sebulan, tambahan Rm135 itu akan digunakan untuk menjelaskan hutang pokok bagi bulan tersebut. Ini akan mengurangkan faedah yang akan dikenakan pada bulan seterusnya. Jika anda membuat pinjaman selama 20 tahun untuk bayaran Rm965 dan dengan hanya membayar lebih Rm135 setiap bulan anda hanya perlu membayar 14 tahun untuk menglangsaikan hutang anda.

2) Bayaran dua kali seminggu

Noel Whittaker, seorang pakar runding kewangan dari Australia memperkenalkan cara membayar gadai janji dua kali sebulan. Cara ini juga dapat mengurangkan kos faedah dengan berkesan. Anda tidak perlu membayar Rm965 setiap bulan tetapi membayar Rm482.50 setiap dua minggu. Jumlahnya sama bukan? Jumlah bayaran bulanan mungkin sama tetapi tahunannya tidak sama. Apabila membuat bayaran setiap dua minggu, anda membayar Rm12545 dan bukannya Rm11580 setahun, lebih Rm965 kan??. Ini adalah kerana anda membuat bayaran 26 kali setahun berbanding bayaran bulanan yang hanya 12 kali setahun. Cara ini dapat mengurangkan caj faedah dan secara tidak langsung mengurangkan keseluruhan bayaran. Hasilnya jika Rm965 anda perlu membuat bayaran selama 20 tahun dan jika membayar dua kali sebulan anda hanya perlu 16 tahun untuk melangsaikan hutang anda

Rahsia kekayaan dan kebahagian

Hidup mengikut kemampuan adalah kunci utama kepada kebahagian dan kebebasan kewangan. Walaupun ianya just perkara asas kebanyakan orang tidak mampu untuk melakukannya. Ianya hanya melibatkan beberapa perkara sahaja iaitu yang pertama ialah walaupun sebanyak manapun gaji anda, anda mesti berbelanja kurang daripada gaji itu. Kedua ialah belilah barang yang benar-benar kita mampu dan perkara terakhir yang ialah kita perlu menerima hakikat yang bahawa terdapat barang yang tidak mampu kita miliki.

1. Nikmati apa yang kita ada
- Kita perlu menikmati apa yang kita miliki, contohnya anda telah memiliki Honda Civic tapi masih tetap tidak berpuas hati dan mahukan yang lebih dan berpendapat memiliki BMW akan mendapat lebih kepuasan. Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana ianya bukan sahaja akn melambatkan proses kebahagian malah menelan belanja yang banyak.

2. Beli barang yang bermutu
- Tahukah anda kita mampu berjimat dengan membeli barangan yang bermutu? Ini adalah kerana barang yang bermutu akan tahan lebih lama daripada barang yang biasa kualitinya. Saya hendak tekankan disini bermutu dan bukannya berjenama. Barang berjenama tidak semestinya bermutu kerana kita hanya membayar harga yang mahal diatas nama bukannya kualiti barangan itu. Cuba anda bayangkan anda membeli sepasang kasut berharga Rm100 dan tahan selama tiga tahun dengan kasut biasa yang berharga Rm30 dan cuma boleh dipakai selama 6 bulan. Berapa banyak wang yang anda mampu jimat???????

3. Beli semasa kenyang
- Kompleks membeli belah seringkali menawarkan pelbagai godaan terhadap kita. Pernahkah anda pergi dan hanya membeli satu barang sahaja??? Saya boleh jamin perkara ini tidak mampu berlaku jika tiada strategi dalam berbelanja . Perkara asas yang perlu anda tahu ialah pergi membeli belah dalam keadaan kenyang, tidak dahaga dan tidak letih. Ini kerana apabila anda lapar, dahaga and letih daya ketahanan anda akan lemah dan mudah terpengaruh untuk membeli lebih banyak barangan yang tidak diperlukan daripada yang diperlukan.

4. Gunakan perbankan Internet
- Saya mula menggunakan perbankan internet sejak dua tahun yang lepas dan saya syorkan kepada anda menggunakannya kerana dapat menjimatkan masa, tenaga, kos dan yang paling penting tidak perlu menjadi kayu seperti kayu yang menunggu masa untuk ditebas.

Akhir sekali, Renungkanlah
Socrates, ahli falsafah Yunani yang terkenal suka pergi ke pasar di Athens. Beliau suka merayau-rayau dari gerai ke gerai dan singgah hanya untuk melihat barangan jualan yang dipamerkan. Walaupun kerap kesana beliau tidak membeli apa-apa. Seorang rakan bertanyakan sebabnya. Jawapannya mudah ` Saya sentiasa kagum melihat begitu banyak barang yang saya tidak perlukan `

Saturday, January 31, 2009

JUTAWAN SENYAP

Saturday, January 31, 2009
Mungkin sebelum saya menulis anda pernah terbaca tentang jutawan senyap . Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa apa yang saya tulis adalah hanya rangkuman daripada apa yang Dr Rusly Abdullah ceritakan dalam bukunya Silent Millionaire, yang telah saya habis baca pada tahun lepas.

Pengagungan kepada barat yang berlebihan menjadikan kita lupa atau terlepas pandang kisah-kisah jutawan yang dekat dengan kita. Sebilangan orang-orang kecil yang tidak terbilang sedang tekun berusaha di belakang rumah, lorong-lorong bandar, di kaki-kaki lima, pasar malam dan pasar lambak mempunyai keyakinan tinggi untuk berjaya.

Sedang kita berhempas pulas mencari buku-buku motivasi, mencari formula untuk berjaya dan mencari jalan pintas untuk menjadi kaya. Mereka secara senyap-senyap telah menjadi seorang jutawan.

Saya bukan hendak berlagak pandai tapi hendak memperbetulkan persepsi masyarakat kita terutama siswa dan siswi yang mana peniaga kecil turut boleh jadi seorang jutawan . Pengalaman saya yang pernah berniaga di pasar malam di pandang enteng di kalangan remaja. Nak cari Awek pun susah sebab dikatakan kerja pun kerja cikai. Ubahlah persepsi anda kerana mereka telah menjadi jutawan dan anda tidak mempunyai apa-apa untuk memandang rendah terhadap mereka . Mungkin saya atau anda akan menjadi jutawan seterusnya.

EMPAT CARA KE ARAH KEBIJAKSANAAN BERBELANJA

Kata kunci dalam pembinaan seorang jutawan ialah berbelanja dengan bijaksana.

Saya pun tidak mahir untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih panjang tapi atas kefahaman saya mengkelaskan perbelanjaan yang bijak adalah dengan mempunyai sebab yang kukuh untuk membelinya.

Beri saya peluang selaku junior dalam ilmu kewangan ini dengan menunjukkan empat cara ke arah perbelanjaan bijaksana . Ambil sekeping kertas dan buat empat kolum dan kelaskan setiap kolum dengan perlu , penting , menyamankan dan tidak berguna .

Untuk kategori perlu , yang mana ada membelanjakan wang anda ke atas keperluan asas seperti makanan , tempat tinggal dan pakaian. Kolum kedua iaitu penting boleh dikelaskan sebagai peningkatan kualiti hidup seperti membeli pemanas air atau buku.

Kategori ketiga perbelanjaan ialah menyamankan seperti menonton wayang sebulan sekali dan membelikan hadiah hari jadi kepada ahli keluarga.

Untuk kategori tidak berguna mungkin anda telah faham yang mana wang dikeluarkan ke arah perkara yang sia-sia . Cuba anda renungkan untuk kategori yang mana anda telah berbelanja ke arah yang sia-sia. Saya pun terlah sedar kesilapan saya yang mana saya terlalu gila telefon bimbit , model nokia 6600, 3310c, 5600, N70, N73, N76, N81, N82, N95 , cuba anda bayangkan berapa banyak wang yang telah saya bazirkan untuk memiliki semua model itu.

Itulah satu kaedah yang penting untuk menguruskan perbelanjaan yang bijak . Anda tidak perlu memanjat mana-mana gunung untuk mencari kebenaran nasihat ini. Anda memang bertuah dan saya lebih bertuah kerana dapat menyampaikan ilmu ini.

MELABUR KE ATAS DIRI ANDA SENDIRI

Mesti ramai yang tertanya apakah maksud melabur ke atas diri anda sendiri . Apa yang saya maksudkan ialah pelaburan dalam pendidikan diri kita secara berterusan seperti mendapat sijil atau ijazah yang lebih tinggi. Ini juga bermaksud membaca buku , membaca jurnal atau menghadiri seminar . Ini juga bermaksud selalu bertanya , memerhati atau mendekati dengan orang yang lebih berjaya.

Mengapa saya berkata ini pelaburan terbaik , saya bukan mereka cerita malah saya turut dapatkan maklumat ini dengan membaca . Jawapannya mudah sahaja kerana ia tidak hanya membayar anda 10 kali ganda wang yang telah anda laburkan , malahan juga akan mengajar anda cara bagaimana untuk membelanjakan wang anda dengan bijak . Cuba anda renung jika sekarang anda bekerja pendapatan RM 2 000 dan anda teringin untuk melanjutkan pelajaran , apabila mendapat ijazah anda anda akan dibayar lebih RM 1 000 . Lebihan RM 1 000 akan menjadi RM 1.3 juta dengan andaian anda simpan kesemuanya dan memperoleh kaedah simpanan 10 peratus setahun selama 25 tahun.

Dengan kata lain , didiklah diri anda . Apabila anda lakukan ini , anda sebenarnya melabur dalam diri anda dan itulah pelaburan yang terbaik yang anda akan buat dalam hidup anda . Sekiranya anda tidak mahu melabur dalam diri anda sendiri , mengapa pula orang lain perlu melakukan untuk anda..

Friday, January 30, 2009

Bisnes Prepaid

Friday, January 30, 2009
EZYRELOAD Prepaid - Bisnes Topup Paling Untung!
Nak joint jadi agen jual topup?? Ha..Disinilah destinasi anda..Jual topup dari serendah Rm3.00 Dan nikmati keuntungan sehingga 5%..Jual Topup Rm10 Untung 50sen!
Mahu Topup MURAH?

Sekiranya anda adalah peniaga(kecil/sederhana) yang HANYA FOKUS KEPADA MAXIS/CELCOM maka inilah masanya untuk anda dptkan keistimewaan. DAN keuntungan prepaid adalah seperti berikut :
MAXIS ELOAD Rm3.00 - Rm9.00 = 3%
MAXIS ELOAD Rm10.00 - Rm100 = 4%
CELCOM ELOAD Rm3.00 - Rm9.00 = 4%
CELCOM ELOAD Rm10.00 - Rm100 = 5%
DIGI PIN RM10 = Rm10.00
ITALK PIN RM10 = Rm9.10

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes topup secara kecil-kecilan atau sederhana mahupun besar-besaran, inilah peluang untuk anda. Sertailah kami.
Sistem beroperasi 24 jam sehari. Bukan MLM. Income Real Time. Tak perlu menaja, Tak perlu maintain jualan dan Tak perlu Upgrade keahlian untuk mendapatkan keistimewaan ini..
Contoh Produk
Maxis Rm 3.00, Harga Ahli : RM 2.91, Untung Bersih : Rm 0.09 ( 3%)
Maxis Rm 4.00, Harga Ahli : RM 3.88, Untung Bersih : Rm 0.12 ( 3%)
Maxis Rm 5.00, Harga Ahli : RM 4.85, Untung Bersih : Rm 0.15 ( 3%)
Maxis Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.60, Untung Bersih : Rm 0.40 ( 4%)
Maxis Rm 30.00, Harga Ahli : RM 28.80, Untung Bersih : Rm 1.20 ( 4%)
Celcom Rm 3.00, Harga Ahli : RM 2.88, Untung Bersih : Rm 0.12 ( 4%)
Celcom Rm 4.00, Harga Ahli : RM 3.84, Untung Bersih : Rm 0.16 ( 4%)
Celcom Rm 5.00, Harga Ahli : RM 4.80, Untung Bersih : Rm 0.20 ( 4%)
Celcom Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.50, Untung Bersih : Rm 0.50 ( 5%)
Celcom Rm 30.00, Harga Ahli : RM 28.50, Untung Bersih : Rm 1.50 ( 5%)
Celcom Rm 100.00, Harga Ahli : RM 95.00, Untung Bersih : Rm 5.00 ( 5%)
DIGI Pin Rm10, Harga Ahli : RM 10.00, Untung Bersih : Rm 0.00 ( 0%)

Anda boleh mendaftarkan no anda samada yang menggunakan Prepaid atau Pospaid. Server cantik. Servis 24jam(bukan waktu ofis sahaja). Reload serta merta(Autoreload). Tiada Caj Tambahan dan Tiada Syarat-Syarat Dikenakan.
Tiada sewa bulanan/yuran tahunan. Tanpa risiko double reload (transaksi sama berulangkali disebabkan kecuaian). Perkhidmatan BUKAN berbentuk M.L.M @ SISTEM PIRAMID.

Tips paling penting memulakan perniagaan prepaid..
Jika anda ingin menjual topup prepaid, carilah hasil jualan yang PALING UNTUNG! Cuba cari, company manakah yang dapat memberikan keuntungan jualan Rm10.00 Celcom dengan untung bersih 50sen??

Pernah dengar Mymode, Mobile Wallet, Mastereload, Money Mobile, atau Rajaprepaid?
Ya, mereka adalah syarikat yang sama menjalankan bisnes reload prepaid menggunakan SMS. Tetapi yang membezakan kami adalah keuntungan jualan yang paling tinggi berbanding mereka. Sertailah kami di EZYRELOAD sekarang.
Cubalah, anda pasti berpuas hati.

Well, Dari pembelian topup RM10, anda mungkin hanya akan dapat 50 sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup... Tak perlu ke hulu ke hilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.. Dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup di kedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? Usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.

Kini..Anda boleh dapat pendapatan tambahan lagi..Cubalah, boleh jual pada rakan2 di tmpat kerja. Di pejabat, kilang, hostel atau anda boleh guna untuk topup diri sendiri dan ahli keluarga dengan harga yang lebih murah dari pasaran!



Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Mohd Yusuf - 012-7226499

1. Komisen Memperkenalkan Rakan
(Member Get Member)
Kami juga menawarkan ganjaran kepada anda yang memperkenalkan rakan untuk mendaftar sebagai agen. Insentif sebanyak RM15.00 bagi setiap seorang rakan yang berjaya anda perkenalkan dan didaftarkan sebagai agen. Apabila agen baru itu disahkan telah membuat bayaran pendaftaran, Insentif tersebut akan ditransfer terus ke dalam akaun topup anda.
Anda boleh memperkenalkan seberapa ramai yang boleh.

PENDAFTARAN
Yuran RM50.00 (Rm10.00 dikembalikan sebagai modal permulaan)

PENAMBAHAN MODAL
Untuk penambahan modal lanjutan, bergantung kepada kemampuan anda. Kami menyediakan kemudahan MAYBANK & CIMB untuk anda menambah modal (bank in ATM / Internet). Untuk bayaran menambah nilai modal anda, sila masukkan (bank in) deposit terus ke akaun HQ.

Perhatian:
Setiap kali anda melakukan urusan penambahan modal (bank in), tidak kira berapa RM sekalipun, Server akan tolak 5 sen dari baki anda.
Sebagai contoh: sekiranya anda bank in RM100.00, maka akan jadi RM99.95. Anda tidak perlu risau kerana kami hanya mengenakan caj 5 sen itu sahaja untuk perkhidmatan penambahan modal (bank in).

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH AGEN
1. Pelanggan tidak menerima Topup
Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan kami.

2. Topup lambat diterima oleh pelanggan
Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.

3. Perkara lain yang mungkin terjadi
SMS yang anda hantar tidak sampai ke server kami. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server kami.

Thursday, January 29, 2009

Gelora hutang

Thursday, January 29, 2009
1. Kais sebulan makan sebulan setengah

• Situasi ini sering berlaku pada lepasan graduan atau orang yang baru bekerja, mereka begitu sayang untuk berbelanja. Mereka berpendapat membeli-belah, membuat pinjaman perabot di court atau membeli aksesori rumah dan kereta sangat tidak berbaloi. Mereka mengeluarkan sejumlah besar pendapatan mereka untuk disimpan atau membuat pelaburan jangka pendek dan panjang.

2. Kais sebulan makan sebulan

• Situasi ini boleh dikatakan normal bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Gaji bulanan hanya cukup untuk membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan kad kredit mereka yang semakin bertambah. Pada waktu ini tiada lagi simpanan yang boleh di buat kerana duit gaji yang telah diperuntukkan telah habis digunakan untuk membayar hutang kad kredit yang lazimnya dimiliki oleh rakyat Malaysia.

3. Kais sebulan makan setengah bulan

• Tanpa menyedari malapetaka yang bakal menimpa, kebanyakan orang masih terus berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada ketika ini gaji bulanan hanya dapat untuk menanggung kos perbelanjaan bulanan bagi setengah bulan dah selebihnya untuk membayar hutang. Dalam masa yang sama hutang lain terpaksa di buat untuk separuh keperluan yang tidak mampu dibayar. Akibatnya hutang kad kredit sedia ada bertambah dari hari ke hari.

4. Kais sebulan makan seminggu

• Ketika ini baru ramai yang sedar dia telah di persimpangan. Tiga suku gaji telah digunakan untuk membayar ansuran seminimum yang mungkin atau yang telah tertunggak lama. Gaji masuk 28 haribulan dan pada 30 haribulan baki dalam akaun tinggal Rm 100. cuba anda bayangkan situasi ini dan sudah semestinya anda akan muflis.