I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 24, 2009

Perlu atau tidak refinance balik pinjaman rumah

Tuesday, February 24, 2009
Jawapan yang paling mudah utk persoalan diatas ialah terpulang kepada individu itu sendiri yang mana kepada mereka yang hendak menjimatkan kos refinance adalah jawapan yang paling tepat ketika kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank diturunkan. Tujuan membuat pinjaman blik adalah untuk melangsaikan hutang-hutang lama dan membayar pinjaman balik dengan kadar yang lebih murah disebabkan interest yang lebih murah pada pinjaman blik yang baru dibuat. Jika ini jalan yang dipilih, keputusan anda sangat bijak dan amat menguntungkan.

Situasi lain ialah lakukan refinance blik pinjaman rumah untuk kegunaan peribadi yang mana situasi ini terlalu banyak berlaku pada hari ini, pada pendapat saya keputusan ini adalah sangat tidak bijak kerana pada kebiasaan mereka akan membuat pinjaman yang lebih besar, contohnya pinjaman terdahulu adalah seratus ribu dan pinjaman baru yang dibuat seratus lima puluh ribu lebih lima puluh ribu dan wang lebihan itu biasanya digunakan untuk tujuan peribadi seperti memperbesarkan rumah, modifikasi kereta dan macam-macam lagi yang mana pada mereka dapat melengkapkan kehidupan mereka. Keadaan ini bukan membantu malah membawa malapetaka kepada peminjam kerana hutang lama memang telah dilangsaikan dan pada masa yang sama mencipta hutang baru.

Renung-renungkanlah situasi ini dan pertimbangkan sebelum membuat pinjaman balik dari segi baik dan buruk dan keinginan peribadi yang menggila.

No comments:

Post a Comment