I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 31, 2009

MELABUR KE ATAS DIRI ANDA SENDIRI

Saturday, January 31, 2009
Mesti ramai yang tertanya apakah maksud melabur ke atas diri anda sendiri . Apa yang saya maksudkan ialah pelaburan dalam pendidikan diri kita secara berterusan seperti mendapat sijil atau ijazah yang lebih tinggi. Ini juga bermaksud membaca buku , membaca jurnal atau menghadiri seminar . Ini juga bermaksud selalu bertanya , memerhati atau mendekati dengan orang yang lebih berjaya.

Mengapa saya berkata ini pelaburan terbaik , saya bukan mereka cerita malah saya turut dapatkan maklumat ini dengan membaca . Jawapannya mudah sahaja kerana ia tidak hanya membayar anda 10 kali ganda wang yang telah anda laburkan , malahan juga akan mengajar anda cara bagaimana untuk membelanjakan wang anda dengan bijak . Cuba anda renung jika sekarang anda bekerja pendapatan RM 2 000 dan anda teringin untuk melanjutkan pelajaran , apabila mendapat ijazah anda anda akan dibayar lebih RM 1 000 . Lebihan RM 1 000 akan menjadi RM 1.3 juta dengan andaian anda simpan kesemuanya dan memperoleh kaedah simpanan 10 peratus setahun selama 25 tahun.

Dengan kata lain , didiklah diri anda . Apabila anda lakukan ini , anda sebenarnya melabur dalam diri anda dan itulah pelaburan yang terbaik yang anda akan buat dalam hidup anda . Sekiranya anda tidak mahu melabur dalam diri anda sendiri , mengapa pula orang lain perlu melakukan untuk anda..

No comments:

Post a Comment