I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 31, 2009

JUTAWAN SENYAP

Saturday, January 31, 2009
Mungkin sebelum saya menulis anda pernah terbaca tentang jutawan senyap . Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa apa yang saya tulis adalah hanya rangkuman daripada apa yang Dr Rusly Abdullah ceritakan dalam bukunya Silent Millionaire, yang telah saya habis baca pada tahun lepas.

Pengagungan kepada barat yang berlebihan menjadikan kita lupa atau terlepas pandang kisah-kisah jutawan yang dekat dengan kita. Sebilangan orang-orang kecil yang tidak terbilang sedang tekun berusaha di belakang rumah, lorong-lorong bandar, di kaki-kaki lima, pasar malam dan pasar lambak mempunyai keyakinan tinggi untuk berjaya.

Sedang kita berhempas pulas mencari buku-buku motivasi, mencari formula untuk berjaya dan mencari jalan pintas untuk menjadi kaya. Mereka secara senyap-senyap telah menjadi seorang jutawan.

Saya bukan hendak berlagak pandai tapi hendak memperbetulkan persepsi masyarakat kita terutama siswa dan siswi yang mana peniaga kecil turut boleh jadi seorang jutawan . Pengalaman saya yang pernah berniaga di pasar malam di pandang enteng di kalangan remaja. Nak cari Awek pun susah sebab dikatakan kerja pun kerja cikai. Ubahlah persepsi anda kerana mereka telah menjadi jutawan dan anda tidak mempunyai apa-apa untuk memandang rendah terhadap mereka . Mungkin saya atau anda akan menjadi jutawan seterusnya.

No comments:

Post a Comment