I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 31, 2009

EMPAT CARA KE ARAH KEBIJAKSANAAN BERBELANJA

Saturday, January 31, 2009
Kata kunci dalam pembinaan seorang jutawan ialah berbelanja dengan bijaksana.

Saya pun tidak mahir untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih panjang tapi atas kefahaman saya mengkelaskan perbelanjaan yang bijak adalah dengan mempunyai sebab yang kukuh untuk membelinya.

Beri saya peluang selaku junior dalam ilmu kewangan ini dengan menunjukkan empat cara ke arah perbelanjaan bijaksana . Ambil sekeping kertas dan buat empat kolum dan kelaskan setiap kolum dengan perlu , penting , menyamankan dan tidak berguna .

Untuk kategori perlu , yang mana ada membelanjakan wang anda ke atas keperluan asas seperti makanan , tempat tinggal dan pakaian. Kolum kedua iaitu penting boleh dikelaskan sebagai peningkatan kualiti hidup seperti membeli pemanas air atau buku.

Kategori ketiga perbelanjaan ialah menyamankan seperti menonton wayang sebulan sekali dan membelikan hadiah hari jadi kepada ahli keluarga.

Untuk kategori tidak berguna mungkin anda telah faham yang mana wang dikeluarkan ke arah perkara yang sia-sia . Cuba anda renungkan untuk kategori yang mana anda telah berbelanja ke arah yang sia-sia. Saya pun terlah sedar kesilapan saya yang mana saya terlalu gila telefon bimbit , model nokia 6600, 3310c, 5600, N70, N73, N76, N81, N82, N95 , cuba anda bayangkan berapa banyak wang yang telah saya bazirkan untuk memiliki semua model itu.

Itulah satu kaedah yang penting untuk menguruskan perbelanjaan yang bijak . Anda tidak perlu memanjat mana-mana gunung untuk mencari kebenaran nasihat ini. Anda memang bertuah dan saya lebih bertuah kerana dapat menyampaikan ilmu ini.

No comments:

Post a Comment