I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 29, 2009

Gelora hutang

Thursday, January 29, 2009
1. Kais sebulan makan sebulan setengah

• Situasi ini sering berlaku pada lepasan graduan atau orang yang baru bekerja, mereka begitu sayang untuk berbelanja. Mereka berpendapat membeli-belah, membuat pinjaman perabot di court atau membeli aksesori rumah dan kereta sangat tidak berbaloi. Mereka mengeluarkan sejumlah besar pendapatan mereka untuk disimpan atau membuat pelaburan jangka pendek dan panjang.

2. Kais sebulan makan sebulan

• Situasi ini boleh dikatakan normal bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Gaji bulanan hanya cukup untuk membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan kad kredit mereka yang semakin bertambah. Pada waktu ini tiada lagi simpanan yang boleh di buat kerana duit gaji yang telah diperuntukkan telah habis digunakan untuk membayar hutang kad kredit yang lazimnya dimiliki oleh rakyat Malaysia.

3. Kais sebulan makan setengah bulan

• Tanpa menyedari malapetaka yang bakal menimpa, kebanyakan orang masih terus berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada ketika ini gaji bulanan hanya dapat untuk menanggung kos perbelanjaan bulanan bagi setengah bulan dah selebihnya untuk membayar hutang. Dalam masa yang sama hutang lain terpaksa di buat untuk separuh keperluan yang tidak mampu dibayar. Akibatnya hutang kad kredit sedia ada bertambah dari hari ke hari.

4. Kais sebulan makan seminggu

• Ketika ini baru ramai yang sedar dia telah di persimpangan. Tiga suku gaji telah digunakan untuk membayar ansuran seminimum yang mungkin atau yang telah tertunggak lama. Gaji masuk 28 haribulan dan pada 30 haribulan baki dalam akaun tinggal Rm 100. cuba anda bayangkan situasi ini dan sudah semestinya anda akan muflis.

No comments:

Post a Comment