I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 2, 2009

Rahsia kekayaan dan kebahagian

Monday, February 2, 2009
Hidup mengikut kemampuan adalah kunci utama kepada kebahagian dan kebebasan kewangan. Walaupun ianya just perkara asas kebanyakan orang tidak mampu untuk melakukannya. Ianya hanya melibatkan beberapa perkara sahaja iaitu yang pertama ialah walaupun sebanyak manapun gaji anda, anda mesti berbelanja kurang daripada gaji itu. Kedua ialah belilah barang yang benar-benar kita mampu dan perkara terakhir yang ialah kita perlu menerima hakikat yang bahawa terdapat barang yang tidak mampu kita miliki.

1. Nikmati apa yang kita ada
- Kita perlu menikmati apa yang kita miliki, contohnya anda telah memiliki Honda Civic tapi masih tetap tidak berpuas hati dan mahukan yang lebih dan berpendapat memiliki BMW akan mendapat lebih kepuasan. Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana ianya bukan sahaja akn melambatkan proses kebahagian malah menelan belanja yang banyak.

2. Beli barang yang bermutu
- Tahukah anda kita mampu berjimat dengan membeli barangan yang bermutu? Ini adalah kerana barang yang bermutu akan tahan lebih lama daripada barang yang biasa kualitinya. Saya hendak tekankan disini bermutu dan bukannya berjenama. Barang berjenama tidak semestinya bermutu kerana kita hanya membayar harga yang mahal diatas nama bukannya kualiti barangan itu. Cuba anda bayangkan anda membeli sepasang kasut berharga Rm100 dan tahan selama tiga tahun dengan kasut biasa yang berharga Rm30 dan cuma boleh dipakai selama 6 bulan. Berapa banyak wang yang anda mampu jimat???????

3. Beli semasa kenyang
- Kompleks membeli belah seringkali menawarkan pelbagai godaan terhadap kita. Pernahkah anda pergi dan hanya membeli satu barang sahaja??? Saya boleh jamin perkara ini tidak mampu berlaku jika tiada strategi dalam berbelanja . Perkara asas yang perlu anda tahu ialah pergi membeli belah dalam keadaan kenyang, tidak dahaga dan tidak letih. Ini kerana apabila anda lapar, dahaga and letih daya ketahanan anda akan lemah dan mudah terpengaruh untuk membeli lebih banyak barangan yang tidak diperlukan daripada yang diperlukan.

4. Gunakan perbankan Internet
- Saya mula menggunakan perbankan internet sejak dua tahun yang lepas dan saya syorkan kepada anda menggunakannya kerana dapat menjimatkan masa, tenaga, kos dan yang paling penting tidak perlu menjadi kayu seperti kayu yang menunggu masa untuk ditebas.

Akhir sekali, Renungkanlah
Socrates, ahli falsafah Yunani yang terkenal suka pergi ke pasar di Athens. Beliau suka merayau-rayau dari gerai ke gerai dan singgah hanya untuk melihat barangan jualan yang dipamerkan. Walaupun kerap kesana beliau tidak membeli apa-apa. Seorang rakan bertanyakan sebabnya. Jawapannya mudah ` Saya sentiasa kagum melihat begitu banyak barang yang saya tidak perlukan `

No comments:

Post a Comment