I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 2, 2009

Cara mengurangkan caj faedah yang dapat mengurangkan nilai hutang.

Monday, February 2, 2009
1) Gadai janji berserta tambahan

Anda cuba lihat contoh yang akan saya berikan, jika gadai janji bulanan adalah Rm965sebulan dan anda memilih untuk membayar Rm1100 sebulan, tambahan Rm135 itu akan digunakan untuk menjelaskan hutang pokok bagi bulan tersebut. Ini akan mengurangkan faedah yang akan dikenakan pada bulan seterusnya. Jika anda membuat pinjaman selama 20 tahun untuk bayaran Rm965 dan dengan hanya membayar lebih Rm135 setiap bulan anda hanya perlu membayar 14 tahun untuk menglangsaikan hutang anda.

2) Bayaran dua kali seminggu

Noel Whittaker, seorang pakar runding kewangan dari Australia memperkenalkan cara membayar gadai janji dua kali sebulan. Cara ini juga dapat mengurangkan kos faedah dengan berkesan. Anda tidak perlu membayar Rm965 setiap bulan tetapi membayar Rm482.50 setiap dua minggu. Jumlahnya sama bukan? Jumlah bayaran bulanan mungkin sama tetapi tahunannya tidak sama. Apabila membuat bayaran setiap dua minggu, anda membayar Rm12545 dan bukannya Rm11580 setahun, lebih Rm965 kan??. Ini adalah kerana anda membuat bayaran 26 kali setahun berbanding bayaran bulanan yang hanya 12 kali setahun. Cara ini dapat mengurangkan caj faedah dan secara tidak langsung mengurangkan keseluruhan bayaran. Hasilnya jika Rm965 anda perlu membuat bayaran selama 20 tahun dan jika membayar dua kali sebulan anda hanya perlu 16 tahun untuk melangsaikan hutang anda

No comments:

Post a Comment